Maksud mudharabah



Mudharabah (perkongsian untung) ialah pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal dan pengusaha projek di mana pengusaha projek boleh menggunakan dana bagi menjalankan aktiviti perniagaan beliau.

Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dibahagi di antara pemberi modal dan pengusaha projek tersebut mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian akan ditanggung seluruhnya oleh pemberi modal.

Mudarabah adalah salah satu bentuk kontrak pelaburan dalam kewangan Islam, di mana konsep perkongsian untung dan rugi dilaksanakan.

Ia adalah satu kontrak usahasama di antara pemodal yang dinamakan sebagai Rabbul Mal dan pengusaha atau Mudarib. Dalam kontrak ini, pemodal akan memberi modal untuk diusahakan oleh pengusaha dalam menjana keuntungan.

Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama menurut nisbah perkongsian keuntungan yang telah dipersetujui. Ada yang bahagi ikut 50%-50%, ada yang 70%-30%, bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak.

Manakala dalam keadaan rugi, kerugian modal akan ditanggung oleh pemodal sahaja dan pengusaha akan kerugian masa dan tenaga yang telah diperuntukkan.

Sekiranya dibuktikan pengusaha cuai atau lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya, pemodal boleh menuntutnya daripada pihak pengusaha. MAJALAH LABU

Rujukan :

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Mudharabah

https://www.majalahlabur.com/pelaburan/mudarabah-sejenis-kontrak-pelaburan-syariah/

Comments