Tahukah anda,
1. Masih ramai yang mengalami masalah hutang sama ada hutang yang kecil atau pun hutang yang besar kerana tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik
2. Masih ramai tidak mempunyai perlindungan takaful seperti medikal kad dan hibah kerana beranggapan takaful ini sebagai scammer/ tidak menguntungkan / membazir.
3. Masih ramai yang beranggapan Hibah itu satu medium penghalang kepada faraid !!
Ini adalah sesuatu yang jauh terpesong kerana Hibah adalah satu medium yang akan memudahkan lagi pembahagian faraid dilakukan kerana waris boleh menggunakan wang daripada hibah tersebut untuk menyelesaikan pembahagian faraid dengan mudah dan cepat.
Contohnya;
Apabila meninggalnya seorang suami,
Arwah telah meninggalkan sebuah rumah
Waris yang terlibat adalah isteri, ibu dan ayah.
Sekiranya isteri ingin mendapatkan rumah yang ditinggalkan suami kepada nya 100 peratus,
isteri haruslah menilai rumah tersebut dengan harga terkini, kemudian membayar kepada LHDN nilaian yang ditetapkan dan membayar bahagian yang sepatutnya kepada ibu dan ayah arwah.
Barulah rumah tersebut akan menjadi hak milik beliau sepenuhnya.
Sekiranya tiada duit tunai, pembahagian faraid akan menjadi lebih panjang kerana masing-masing tidak mempunyai duit tunai untuk membayar kepada pihak yang sepatutnya.
Ada pertanyaan, boleh hubungi saya:
AjmaL Ahmad
Perunding Hong Leong MSIG Takaful
.
.
Whatsapp:
wasap.my/601110804106/medikalmurah
wasap.my/601110804106/hibahberbaloi
.
.
Blog:
https://ajmalaahmad.blogspot.com/
.
.
Facebook:
https://www.facebook.com/AjmalAhmadHlmt

Comments
Post a Comment