Kesalahan dalam memilih Perlindungan Takaful



Pernah kah anda rasa tersalah dalam memilih perlindungan takaful?

Jika anda pernah memalukan salah satu kesalahan dalam memilih perlindungan takaful, masih belum terlambat untuk anda betulkan supaya anda dan keluarga mendapat perlindungan yang sebetulnya.

Rugikan jika bayar mahal-mahal tapi tidak dapat digunakan sebabnya tersalah pilih pelan perlindungan!

Jom ambil tahu apa kesalahan yang dimaksudkan tu:



1. Kesalahan pertama:

Carum takaful yang tidak memenuhi keperluan anda

  • Ramai rupanya yang mencarum polisi mereka tanpa tahu ianya keperluan yang sepatutnya atau tidak.
  • Kebanyakkan ramai yang beranggapan "personnal accident (PA)" tu adalah medikal kad. Walhal tidak sama

  • Ada yang beranggapan "deductible" dan "Co-takaful" tu sama
  • Ada yang berangggapan hibah boleh digunakan di hospital seperti medikal kad

  • Ada beranggapan limit tahunan medikal kad adalah wang hibah yang akan diterima apabila kena lumpuh kekal atau berlakunya kematian.
  • Ada yang berangapan dalam semua pelan yang di ambil dah termasuk sekali pampasan sakit kritikal



2. Kesalahan kedua:

Tidak tahu pengecualian dan had limit di dalam sijil

  • Ramai yang tidak tahu dan tidak ambil tahu pasal pengecualian di dalam sijil.
  • Ramai yang beranggapan apabila lepas "waiting period" atau tempoh menunggu, seseorang individu dapat menggunakan medikal kad tanpa ada sebarang pengecualian.
  • Pengecualian di dalam sijil biasanya adalah seseorang individu tidak dapat menggunakan medikal kad tersebut jika dah ada sakit sedia ada sebelum mereka mencarum takaful.
  • Had limit di dalam sijil sangat penting bagi setiap pencarum untuk ambil tahu akan hal ini.
  • Biasanya had limit medikal kad ni tidak semua berjuta-juta. Ada yang bagi limit penggunaan tahunan hanya RM40,000 je setahun terumatanya medikal kad syarikat.

  • Ada juga had limit yang penggunaannya memang limit. Contohnya, limit medikal kad yang diberikan adalah RM1,000,000 tetapi umur hidup. Jadi penggunaan yang diberikan sebanyak RM50,000 setahun sahaja.
  • Ini amat penting untuk anda tahu limit tahunan anda akan diperbaharui RM1,000,000 setiap tahun atau RM1,000,000 seumur hidup.


3. Kesalahan ketiga:

Tidak menambah perlindungan walaupun komitmen semakin bertambah

  • Bunyi seperti terbeban kan, bertambah komitmen, nak kena tambah takaful.
  • Yang ni ramai sangat yang mengambil langkah yang sama. Tidak menambah perlindungan takaful walaupun komitmen bertambah.

  • Ramai yang tamatkan takaful apabila berkahwin, ada anak, beli rumah dan kereta.
  • Walhal, takaful ni amat penting untuk membantu meringankan bebanan anda apabila anda ditimpa sebarang musibah seperti cacat kekal dan ada berlaku kematian.




Dapat sesuatu???

Hurmmmm.. Semua ni amat penting ya dalam memastikan anda tidak sia-sia mencarum takaful.
Buat perubahan dari ekarang, anada mampu mengubahnya !!!

Nak tahu lebih banyak info lagi??
.

.

Ada pertanyaan, boleh hubungi saya:

AjmaL Ahmad
Perunding Hong Leong MSIG Takaful
.
Whatsapp:
wasap.my/601110804106/medikalmurah
wasap.my/601110804106/hibahberbaloi
.
Facebook:
https://www.facebook.com/AjmalAhmadHlmt

(Ajmal Ahmad – Perunding Hlmt “Hong Leong Msig Takaful)

Comments