3 manfaat dalam takaful

Ramai yang salah faham fungsi ke tiga-tiga jenis perlindungan kesihatan yang ada di pasaran.
Apa kata fahami dulu fungsi setiap perlindungan ini, dan boleh mula merancang bagaimana setiap pelan ini melengkapi antara satu sama.





Elaun Tunai Hospital 
Manfaat ini menyediakan bayaran tunai harian bagi setiap hari anda dimasukkan ke hospital. 
Ia bertindak sebagai pendapatan gantian untuk membantu menampung kerugian pendapatan harian semasa anda tidak dapat bekerja atau kos sara hidup lain sementara berada di hospital.
  • Pembayaran: Bayaran dibuat secara tunai selepas anda keluar dari hospital, berdasarkan bilangan hari anda dimasukkan ke wad.
  • Nota: Ianya berbeza dengan membayar bil perubatan secara langsung.


Kad Perubatan 
  • Kad perubatan atau medical card ialah jaminan yang membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital panel.
  • Manfaat kad perubatan ini ialah ianya akan membayarkan bil perubatan di hospital secara terus kepada hospital, termasuk kos pembedahan, ubat-ubatan dan bilik penginapan wad, tertakluk kepada had tahunan atau seumur hidup pelan anda.
Takaful Penyakit Kritikal 
  • Perlindungan ini menyediakan bayaran jumlah wang sekali gus (lump sum) apabila anda didiagnosis dengan salah satu penyakit kritikal yang dilindungi dalam sijil takaful. 
  • Fungsi utama pelan ini ialah dana ini boleh digunakan untuk menampung kos sara hidup harian, mengubah suai rumah untuk peralatan perubatan yang lebih selesa, atau digunakan untuk rawatan alternatif.
  • Pembayaran dibuat terus kepada peserta sebaik sahaja diagnosis disahkan, tanpa mengira bil hospital atau tempoh dimasukkan ke hospital.
  • Pelan ini akan melengkapi kad perubatan dengan menyediakan sokongan kewangan yang fleksibel untuk kegunaan peribadi, bukan sahaja bil rawatan. 

.
.


Nak ketahui lebih lanjut lagi:
.
Ada pertanyaan, boleh hubungi saya:

AjmaL Ahmad
Perunding Hong Leong MSIG Takaful
.
.
Whatsapp:

Comments