3 manfaat hibah takaful

Hibah Takaful menawarkan beberapa manfaat utama seperti;

Tanpa Faraid
  • Manfaat hibah takaful dibayar terus kepada penama atau benefisiari yang telah dicalonkan dalam sijil takaful, tanpa perlu melalui proses pengurusan harta pusaka yang rumit.
  • Wang pampasan yang diberikan melalui hibah tidak tertakluk kepada pembahagian faraid, menjadikannya hak mutlak penerima hibah. Ini memastikan pasangan, anak-anak dan keluarga yang tersayang menerima bantuan kewangan dengan cepat dan tanpa pertikaian. 



Duit Segera
  • Duit pampasan hibah adalah tunai cair (mudah tunai) yang dapat diterima oleh waris dengan segera selepas kematian peserta takaful dan penyerahan dokumen lengkap.
  • Ketersediaan dana segera ini membantu keluarga menampung perbelanjaan harian, mengurus kos pengebumian, atau menampung kos pengurusan harta pusaka lain tanpa perlu menunggu proses jualan aset.




Penggantian Pendapatan
  • Hibah takaful berfungsi sebagai pengganti pendapatan bagi penyara utama keluarga yang telah meninggal dunia.
  • Dana ini memastikan kelangsungan hidup waris dan membantu mereka meneruskan kehidupan serta memenuhi keperluan hidup seperti biasa.
.
.

Nak ketahui lebih lanjut lagi:
.
Ada pertanyaan, boleh hubungi saya:

AjmaL Ahmad
Perunding Hong Leong MSIG Takaful
.
.
Whatsapp:

Comments