Antara manfaat asas takaful yang perlu dipertimbangkan bagi menampung keperluan kewangan yang berbeza sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Bertujuan menggantikan pendapatan yang hilang sekiranya pencari nafkah ditimpa musibah tertentu seperti meninggal dunia, hilang upaya kekal dan keseluruhan, atau sakit kritikal yang berpanjangan.
Ianya berfungsi sebagai pampasan tunai yang diberikan kepada waris atau penama (penerima hibah) membantu mereka meneruskan kehidupan dan menampung komitmen bulanan yang berterusan, seperti membayar ansuran rumah, kereta, yuran sekolah anak-anak, dan bil utiliti.
Selain itu, hibah takaful hanya layak diperoleh oleh penama apabila pemegang polisi meninggal dunia. Ia tidak boleh dituntut semasa hidup.
Menyediakan perlindungan kewangan sekiranya didiagnosis dengan mana-mana satu daripada senarai penyakit kritikal yang dilindungi (contohnya, serangan jantung, strok, kanser).
Ianya berfungsi sebagai pampasan tunai sekali gus (lump sum payment) dimana ianya diberikan terus kepada peserta Takaful yang masih hidup selepas diagnosis dan memenuhi tempoh menunggu yang ditetapkan.
Selain itu, dana ini boleh digunakan untuk rawatan lanjut, mengubah suai rumah untuk keselesaan pesakit, membeli peralatan perubatan atau menampung perbelanjaan harian apabila peserta tidak dapat bekerja akibat penyakit tersebut. Manfaat ini berbeza daripada hibah takaful kerana ia dibayar semasa hidup
Selain dapat membayar bil perubatan, ia juga membantu menampung keperluan berkaitan kesihatan seperti pembelian katil perubatan, susu khas, kerusi roda, atau pampers jika diperlukan.

Medikal Kad
Kegunaan medikal kad ialah ianya dapat memberi jaminan kepada pemegang sijil untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan dan rawatan di hospital panel.
Kad perubatan takaful berfungsi untuk menanggung kos rawatan hospital dan bil perubatan yang patuh Syariah, tertakluk kepada had perlindungan yang ditetapkan. Ini membolehkan pemegang sijil mendapatkan rawatan tanpa perlu mengeluarkan simpanan peribadi yang banyak.
.
.
Nak ketahui lebih lanjut lagi:
.
Ada pertanyaan, boleh hubungi saya:
AjmaL Ahmad
Perunding Hong Leong MSIG Takaful
.
.
Whatsapp:
wasap.my/601110804106/medikalmurah
wasap.my/601110804106/hibahberbaloi
.
.
Blog:
https://ajmalaahmad.blogspot.com/
.
.
Facebook:
https://www.facebook.com/AjmalAhmadHlmt
Comments
Post a Comment