Manfaat Tunai Penggantian Gaji / Hibah

Manfaat tunai, sama ada sebagai penggantian gaji atau hibah berfungsi sebagai untuk menyara kehidupan diri sendiri atau waris apabila berlaku musibah yang tidak di duga.


Hibah

  • Merujuk kepada pemberian harta atau aset secara sukarela oleh seseorang individu kepada individu lain semasa hayatnya, yang akan berkuat kuasa serta-merta atau selepas kematian, mengikut syarat-syarat tertentu dalam kontrak takaful.

MLTT (Mortgage Level Term Takaful)

  • Pelan takaful yang direka khusus untuk melindungi baki pinjaman perumahan. Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal, pelan ini akan melunaskan baki hutang tersebut.

Pengurusan Harta Pusaka

  • Dengan adanya tunai dari takaful, ianya dapat mempercepatkan urusan pengurusan harta pusaka di bahagikan kepada waris-waris mengikut hukum syarak atau undang-undang yang berkaitan dan  memastikan proses pengagihan berjalan lancar.

Tabungan Haji/umrah/Pendidikan

  • Pelan takaful yang menggabungkan elemen perlindungan dan simpanan, membolehkan peserta menabung untuk tujuan tertentu seperti menunaikan haji atau umrah, atau untuk dana pendidikan anak-anak.





Komitment bulanan terjamin

  • Merujuk kepada jaminan bahawa komitmen bulanan (caruman takaful) akan dilindungi atau diteruskan sekiranya peserta mengalami hilang upaya atau penyakit kritikal, memastikan perlindungan kekal aktif.

Penggantian Gaji

  • Manfaat yang menyediakan pendapatan bulanan kepada peserta atau waris sekiranya peserta tidak dapat bekerja akibat musibah, membantu mengekalkan taraf hidup.

Perlindungan Gaji

  • Konsep yang sama dengan penggantian gaji, menekankan aspek perlindungan pendapatan daripada risiko-risiko yang tidak dijangka.

Menyelesaikan Hutang

  • Manfaat takaful yang membantu waris melunaskan hutang-hutang si mati, memastikan waris tidak terbeban dengan liabiliti kewangan.
.
.

Nak ketahui lebih lanjut lagi:
.
Ada pertanyaan, boleh hubungi saya:

AjmaL Ahmad
Perunding Hong Leong MSIG Takaful
.
.
Whatsapp:

Comments